Monday, September 22, 2014

Dunia. Kita adalah penghuninya

Inilah dunia, tempat aku mengumpul bekalan menuju Tuhan. Aku suka ataupun tidak, tetap nafasku menghembus atas muka bumi. Biarpun hati ini kadang-kadang merasa sakit melihat bala yang menimpa umat akhir zaman. Sungguh, kita diuji. Tua mahupun muda. Miskin mahupun kaya, berpendidikan tinggi, berpendidikan rendah semuanya diuji. Bila tv dibuka macam-macam berlaku. Hiburan diselangi berita yang sarat semuanya menunjukkan umat sedang tenat.

Mungkin suatu masa dahulu berpakaian menjolok masa satu benda yang menjengkelkan, tapi kini perkara tu sudah biasa. Tiada lagi yang aneh jika berpakaian agak keterlaluan di khalayak. Kita mahu keluarga kita cukup makan, cantik pakaiannya, tinggi pelajarannya. Tetapi sayang berapa ramai yang masih ingat kepada mereka yang kurang bernasib baik. Mungkin ye la kita akan kata, ah aku bersusah payah kerja siang malam, jadi inilah rezeki aku. I own this money. You want money then work on your own. Kita sekarang hidup di mana kebanyakan manusia tamak, mementingkan diri sendiri, berebut mencari harta. Berebut mengejar dunia yang mana kita sendiri tidak pasti pengakhiran kita bagaimana. Bukankah dunia ini seperti air laut? Semakin diminum semakin haus. Tidak menghilangkan dahaga sedikitpun.

Ya kita hidup di suatu zaman. Zaman di mana manusia bertelingkah mendapatkan pangkat. Biar nampak hebat di mata manusia. Zaman di mana memakan harta orang lain semakin menjadi tabiat. Zaman dimana manusia seolah-olah mereka lupa akan Tuhan yang maha memerhati setiap apa yang dilakukan.

Zaman dimana berapa kerat manusia yang masih patuh melakukan kewajipan. Pergi pasar malam pukul 8. Balik pukul 9. Ke mana maghribnya? Sudah terbiasakah kita? Tidur lewat sebab studi. Nak kejar pointer terbaik. Tapi berakhir dengan subuh terlajak. Takpe subuh boleh ganti. Jangan pergi kelas terlajak sudah. Lagilah kalau kedatangan diambil. Bila hati sudah tenat, hatinya tidak lagi sensitif. Itu baru perkara wajib. Kebaikan yang lain cemana? Qurannya bagaimana? Keikhlasan kita membantu orang cemana? Tujuan kita bekerja atau belajar. Ingatkah kita lagi semasa kita masih tadika. Masa itu hati kita suci lagi. Siapa yang paling kita sayanggg? "Allah" semua menjawav serentak. Cikgu senyum dan membalas "pandaiii."

Tapi hakikatnya manusia mudah terlupa..

Saturday, July 13, 2013

Biar sedikit asalkan halal

Manusia sering menyangka banyaknya harta itu membawa kepada kebahagian. Maka, dicarinya harta siang dan malam. Sayangnya mereka tidak menyedari sesuatu. Semakin dikumpul harta, semakin meninggi tamak haloba terhadap harta.

Pernah kita mendengar orang yang kaya pada luarnya, tetapi keluarganya porak peranda? Anak-anak terabai akhlaknya. Berpeleseran merata tempat untuk mengisi kekosongan jiwa. Ibu bapa pulak asyik fokus pada kerja. Anak-anak sejak kecik dah didedah pada barah materialistik. Lebih teruk lagi pabila rumah hanya tempat bermalam bukan tempat sebuah keluarga itu berkumpul, berbincang dan minum teh tarik bersama.

Pernah juga kita mendengar orang yang miskin pada luarnya, tetapi kehidupan mereka serba cukup? Rumah mereka mungkin kelihatan daif pada zahirnya. Hidup segan mati tak mau. Lebih kurang macam gitu keadaan rumah. Tapi saat kaki melangkah masuk terasa aura ketenangan datang dari rumah tu. Pendapatan mungkin sedikit tetapi tidak kedengaran sikit pun keluahan menyesali kedaifan mereka. Mereka juga menahan tangan mereka dari meminta-minta.

Dari Ibnu Mas’ud RA, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, ‘Siapa saja yang tertimpa kekurangan, kemudian ia mengadukannya kepada sesama manusia, maka kekurangannya tidak akan ditutupi. Tetapi siapa saja yang mengadukannya kepada Allah SWT, maka Allah SWT akan memberikan kepadanya rezeki (baik datangnya) segera atau lambat.” 
(HR.Abu Daud dan Tirmidzi)

Bila jumlah harta yang dikejar, maka itulah yang kita dapat. Tetapi, bila keberkatan yang dicari, maka begitu jualah hasilnya.

Pernah tertanya tak kenapa kita rasa rezeki kita masih kurang lagi? rasa macam tak cukup. Bila orang lain dapat lebih, rasa sakit hati. Kalau rugi, menyesal tak henti-henti.

Di situlah terletaknya rahsia keberkatan itu. Ada tak terdetik kat hati kita?

"Berkat ke harta aku ni?"

"Halal ke kalau aku keluar kejap beli hadiah besday anak masa office hour?"


 Hanya orang yang mementingkan keberkatan rezeki dapat menikmati nikmat berkatnya rezeki tersebut.

Orang beriman itu sikapnya cukup berhati-hati.
Orang beriman tidak akan punch card awal kemudian keluar makan sarapan sehingga berjam-jam lamanya.


Rasuah lagilah. Tidak terdetik di hati mereka untuk menerima suapan. Jika terdetik sekali pun lantas teringat bahawa harta ini lah yang disuap kepada anak isteri. harta ini lah yang menjadi darah daging lemak badan sendiri.

"Jauhilah perkara haram di hadapan dan dibelakang manusia, supaya kamu dapat merasai kelazatan ibadah kepada Allah"
Hadith Termizi

Orang lain memandu BMW first class, kita hanya memandu kereta yang biasa-biasa sahaja. Walaupun jarum dashboard rosak, aircond sekejap on sekejap off, tayar pun dah tak nampak bunganya tapi kita bersyukur. Bersyukur sebab kereta tu dibeli dengan hasil peluh kita. Tapi kalau kerja di pejabat tak peluh. haha.


"ya allah cukupkan aku dengan yang halal daripada yang haram. dan jadikanlah aku kaya tanpa meminta-meminta dari manusia"
Doa yang diajar daripada Nabi kepada Ali bin Abi Talib

Monday, June 24, 2013

Terus Bertahan saudaraku


Doaku instrumental-Hadad Alwi

Tatkala engkau berhempas pulas melawan hujan peluru.
Masih terdapat segolongan dari kami masih menyumbang harga peluru tersebut.

Di sana, isteri-isteri dan anak-anak kalian tidur dalam ketakutan. Memikirkan bila-bila masa ajal boleh menjemput..
Kami di sini masih lena dibuai mimpi. Cukup tidurnya. Indah mimpinya. 

Anak-anak dan isteri kalian menjadi bahan pemuas nafsu. Mereka dirogol dan dicabul tanpa diendah esak dan rintih.
kami di sini masih tercari-cari hiburan yang sesuai dengan kehendak nafsu kami.

Kalian barangkali sukar mendapatkan makanan. Nilai makanan mungkin sama dengan nilai nyawa.


Kami disini, sungguh mewah makan minumnya. maafkan kami jika terlalu mementingkan diri.

Ya, kami peka. kami peka dengan keadaan saudara kami di palestin, Syria, Afghanistan.


Sumber: Page Ikram for syria

Tapi maafkan kami andai  kepekaan kami ini bermusim.
Kelmarin mungkin kami cakna isu di Syria. Kami menangis melihat saudara perempuan kami ditindas. Ditindas seolah-olah mereka tidak lebih hanyalah objek yang tidak bernyawa.

Tetapi hari ini, kami terlalai seketika. 
Kami menyambung tidur kami di sebalik selimut-selimut syaitan, selimut-selimut yang menyuruh kami untuk kembali memikirkan diri sendiri. 
Usah dilihat saudara-saudara kami di sana. 
Usah ditanya makan minum mereka.

Sungguh agenda barat berjaya melalaikan seketika perhatian kami terhadap dunia islam.

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup, tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.
2:154


Maafkan kami wahai saudara-saudara kami

Walaupun jasad kami tiada di sana, tetapi roh kami sentiasa bersama kalian insyaallah.
Hanya doa yang mampu kami kirimkan.
Sumber: Page Ikram for syria

Bersabarlah dan bertahanlah. Allah sentiasa bersama dengan golongan yang benar.


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

2:214



Nabi pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir
Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal kasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan maka sekujur badan akan merasakan panas dan demam. (HR. Muslim).

Tetapi kenapa kita tidak merasa sakit iye?
Adakah kerana maksiat? Sudah bertakhta kah maksiat di dalam hati kami? Sehingga menutup mata hati untuk merasai kesakitan saudara seakidah lain. Allah :(
Jika kerana maksiat, ampunkanlah kami ya rahman, wahai tuhan penerima taubat.


Jika engkau disana diuji dengan penderitaan dan sengsara.

Kami di sini juga diuji. .
Kami di sini diuji dengan fitnah wanita. Maksiat di mana-mana. Buka saje tv dah banyak kemungkaran yang wujud. Banyak Filem menjurus kepada nafsu. Adakah Allah redha dengan keadaan ini?

Ramai yang berdoa ingin mati dalam keadaan Islam. Tapi hanya sedikit yang berdoa agar hidupnya berlandaskan Islam. Moga golongan sedikit itu adalah milik kita =)